POLISI SYARIKAT

large

POLISI ANTIRASUAH
LKPP CORPORATION SENDIRIAN BERHAD

  • LKPP Corporation Sdn. Bhd. komited untuk menjalankan perniagaan secara beretika dan jujur serta komited untuk melaksana dan menguatkuasakan sistem bagi mengekang rasuah. SYARIKAT mempunyai toleransi sifar terhadap aktiviti rasuah dan komited untuk bertindak secara profesional, adil dan berintegriti dalam semua urusan perniagaan dan hubungan.
  • SYARIKAT akan menegakkan semua undang-undang berkaitan anti rasuah dalam semua bidang kuasa di mana kami beroperasi. SYARIKAT terikat dengan undang-undang Malaysia, termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM) berhubung kelakuan SYARIKAT di dalam dan luar negara.
  • Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun negara di mana sesuatu tindakan rasuah berlaku itu, tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang relevan untuk mengambil tindakan kepada pesalah rasuah, Akta SPRM masih boleh digunapakai.
  • Terdapat empat kesalahan utama yang ditetapkan dalam Akta SPRM iaitu seperti berikut:
  1. Mendapatkan/Menerima Suapan (Rasuah) [Seksyen 16 & 17(a)];
  2. Penawaran/Pemberian Suapan (Rasuah) [Seksyen 17(b)];
  3. Berniat Untuk Menipu (Tuntutan Palsu) [Seksyen 18]; dan
  4. Menggunakan Kedudukan untuk Suapan (Rasuah) (Penyalahgunaan Kuasa/Kedudukan) [Seksyen 23].
  • Akta SPRM telah dipinda pada 2018 (“Akta SPRM (Pindaan)) untuk memperkenalkan liabiliti korporat bagi kesalahan rasuah, yang terpakai kepada organisasi komersial di Malaysia. Akta SPRM (Pindaan) memperkenalkan Seksyen 17A baru, yang memperuntukkan bahawa sesebuah organisasi komersial disifatkan melakukan kesalahan jika mana-mana individu yang dikaitkan dengan organisasi komersial itu memberi, bersetuju untuk memberi, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana individu apa-apa suapan (rasuah) untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau kelebihan untuk organisasi.
  • SYARIKAT mengakui bahawa pesalah rasuah boleh dihukum penjara dan/atau denda di bawah Akta SPRM (Pindaan). Jika anggota perkhidmatan didapati telah mengambil bahagian dalam aktiviti rasuah, anggota perkhidmatan adalah terdedah kepada hukuman, SYARIKAT boleh dikecualikan daripada tender untuk kontrak awam dan menghadapi impak yang serius terhadap reputasinya. SYARIKAT komited untuk mencegah rasuah dalam semua perniagaan dan mengambil tanggungjawab undang-undang dengan serius.
  • Untuk menangani risiko rasuah dan rasuah, SYARIKAT telah mengambil langkah-langkah berikut:
  1. Melaksanakan Polisi ini;
  2. Mewujudkan prosedur yang mencukupi sebagai barisan pertahanan bagi SYARIKAT serta mereka yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus dan pengurusan SYARIKAT;
  3. Menjalankan pemantauan dan semakan operasi SYARIKAT secara kerap dan berkala;
  4. Mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan program latihan bagi semua individu yang beroperasi dalam bidang organisasi yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi; dan
  5. Semakan dan pengemaskinian berkala kepada Polisi ini.

Polisi

POLISI MSPO
POLISI SOSIAL
POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
POLISI PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR DAN KEPELBAGAIAN BIOODIVERSITI
POLISI KUALITI
POLISI PENGURUSAN GANGGUAN SEKSUAL, KEGANASAN DAN DISKRIMINASI DI TEMPAT KERJA
POLISI PERLINDUNGAN CERUN DAN SUNGAI
POLISI NDPE
POLISI ANTIRASUAH & ANTISOGOKAN