Minyak Sawit Mentah (MSM) berasal dari buah tandan segar (BTS) melalui aktiviti proses pengilangan. BTS dari ladang kami diangkut ke kilang dalam masa 24 jam setelah penuaian, dan kilang akan memproses BTS dalam pelbagai peringkat pemprosesan bagi menghasilkan minyak sawit mentah.
Setiap kilang MSM kami kini dapat menghasilkan kira-kira 150 – 200 mt MSM setiap hari.