PERLADANGAN
Aktiviti Perladangan
LCSB menjadikan perladangan kelapa sawit sebagai perniagaan utamanya dimana sehingga kini memiliki 8 buah ladang iaitu Lepar Besar, Lepar Baru, T1T2, Chini, Angsana, Sri Meranti, Sri Pelawan dan Nenasi.
LCSB juga menguruskan ladang-ladang kelapa sawit milik PKPP Negeri Pahang, ladang lot individu, ladang LKPP Property Sdn. Bhd., UNIPSAS & ladang usahasama.
Keseluruhannya terdapat 24 pusat pengurusan ladang yang terdiri daripada 48 ladang di seluruh Negeri Pahang.
Senarai Pusat Pengurusan Ladang
Region 1
LADANG LCSB LEPAR BESAR
LADANG LCSB LEPAR BARU
LADANG LCSB T1T2
LADANG LCSB CHINI
LADANG PKPP PULAU MANIS
LADANG PKPP SRI RESAK
LADANG PKPP SRI RAMIN
LADANG WARISAN PKPP SABAK
Region 2
LADANG PKPP SRI KEMPAS
LADANG PKPP SRI GELAM
LADANG PKPP SRI KERUING
LADANG PKPP PENOR MAKMUR
LADANG PKPP PENOR LAGENDA
LADANG PKPP PENOR IDAMAN
LADANG PKPP PENOR PERDANA
Region 3
LADANG PKPP ALUR SERI
LADANG PKPP ULU LEPAR
LADANG PKPP BT.55 MARAN
LADANG PKPP TEMIN
LADANG PKPP SG. RENGAI
LADANG PKPP JERKOH
LADANG PKPP SELAMA LANAR
LADANG PKPP SRI TELANG
LADANG PKPP SG.RELAU

Tanaman Lain
Antara program yang dijalankan adalah memajukan ladang kelapa, durian, rambutan, mangga, longan dan rumput Napier samada di kawasan ladang LCSB sendiri atau di ladang-ladang milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).
LCSB juga menambah keluasan kawasan tanaman rumput Napier bertujuan untuk dijadikan sebagai makanan ternakan segar atau diproses, samada untuk kegunaan sendiri atau jualan kepada penternak-penternak luar. Keluasan kawasan tanaman rumput Napier akan mencapai keluasan lebih kurang 100 hektar dalam tempoh terdekat.
Kawasan tanaman durian berkeluasan melebihi 20 hektar sedang dimajukan di Agro Resort Semuji dan Ladang Lepar Besar dengan kepelbagaian yang mendapat permintaan tinggi seperti Musang King, 101, Duri Hitam dan lain-lain termasuk durian kampong eksotik.
Tanaman-tanaman lain yang juga ditanam adalah rambutan, mangga dan longan di Agro Resort Semuji, Ladang Lepar Besar dan Ladang PKPP Penor Idaman.