PELANCONGAN TANI

Previous slide
Next slide

Agro Resort Semuji

Agro Resort Semuji mempunyai keluasan 81 hektar dan terletak di jalan KM 42 Kuantan – Kuala Lumpur. Konsep percutian dan rekreasi di kebun buah dipertingkatkan dengan persekitaran semula jadi yang indah. Pelbagai buah-buahan tempatan disediakan terutamanya durian yang bermusim sekitar bulan Jun hingga Julai. 

Resort yang terkenal ini menjanjikan udara segar, flora dan fauna yang indah serta tasik yang jernih sesuai untuk bersantai dan aktiviti memancing.

Selain itu, Agro Resort Semuji terletak berhampiran air terjun Bukit Berkelah, dengan jarak hanya 5 kilometer dari resort.

Agro Resort Semuji juga memelihara rusa & landak serta ternakan kelulut di ladangnya sebagai daya tarikan dan kegembiraan tambahan bagi pengunjung dan penghuninya. Selain itu, tempat peranginan ini juga menyediakan aktiviti luar dan ekstrim seperti jungle tracking dan rafting.

AGRO RESORT SEMUJI

Km 42 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur,
26020 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Tel: +609 – 478 0488/58.     |      Fax: 09 – 478 0688     |     agrosemuji@lcsb.com.my