Projek mula beroperasi pada tahun 1999. Kilang ini mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 2,000 metrik tan baja organik setiap bulan.
Sisa kelapa sawit dari Kilang Sawit Lepar LCSB digunakan sebagai elemen utama untuk membuat baja organik. Bahan buangan seperti tandan kosong akan dikisar dan diproses, kemudian dicampurkan dengan mikroorganisma sehingga akhirnya menghasilkan baja organik.
Proses penghasilan baja organik ini telah mengubah Kawasan Lepar menjadi “Agro-Waste Free Zone” dan “Agro-Recycle Zone”.