Utama Iklan Jawatan Permohonan Baru Kemaskini Permohonan Semak Status Permohonan
Home

Selamat Datang ke Portal Permohonan Jawatan Kosong di LCSB

LCSB ditubuhkan pada tahun 1994 hasil dari penyusunan semula Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) dan anak syarikatnya. Ianya diamanahkan oleh LKPP Negeri Pahang untuk membangunkan ladang-ladang milik LKPP. LCSB telah berkembang maju dan memiliki beberapa anak syarikat dan syarikat bersekutu.

LCSB mempunyai sebuah kilang minyak sawit, kilang baja organik dan kilang makanan ternakan. Sebuah lagi kilang minyak sawit telah dibina sejajar dengan pertambahan BTS dan pembukaan kawasan yang baru. Selain daripada kilang-kilang tersebut, LCSB juga menceburkan diri dalam bidang agro-tourism & rekreasi, hartanah dan pembalakan. Aktiviti-aktiviti ini diharap dapat membantu memajukan LKPP dan seterusnya dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemajuan Negeri Pahang Darul Makmur.